RAJIN BERTANYA RAHSIA PEMENANG ANUGERAH PLATINUM KONVOKESYEN KPTM

, , Leave a comment

PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) — Peribahasa ‘malu bertanya sesat jalan’ menjadi antara pegangan seorang pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kelantan sehingga berjaya mendapat purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.98 dalam Diploma Pengurusan Perniagaan.

Di atas kecemerlangannya itu, Ainul Nabila Roslan, 21, turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Platinum pada Majlis Konvokesyen KPTM ke-34 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Menurutnya beliau sering bertanya kepada pensyarah mengenai sesuatu yang kurang difahaminya, selain memberi tumpuan penuh kepada pelajaran ketika di dalam kelas.

“Walaupun saya agak pantas menghafal, tetapi saya juga berusaha, apabila tidak faham sesuatu perkara saya terus bertanya kepada pensyarah.

“Selain itu, saya juga mengamalkan membaca al-Quran pada setiap hari dan sering menghubungi ibu bapa saya di Ipoh, Perak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1405505

 

Leave a Reply