Pengenalan

Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program-program diploma dan sijil. Kurikulum KPM digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar KPM mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.

 

Setiap kampus KPM menawarkan kemudahan prasarana yang lengkap untuk kegunaan dan keselesaan pelajar. Antaranya dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet, makmal bahasa, asrama, fasiliti sukan dan riadah, kafetaria, surau dan lain-lain.

Kolej

Kolej Profesional MARA di seluruh negara:

  • Kolej Profesional MARA Beranang
  • Kolej Profesional MARA Ayer Molek
  • Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
  • Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
  • Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
  • Kolej Profesional MARA Bandar Melaka