Semakan boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari, pada 3 Jun 2020 (Rabu) melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.

Selain menerusi UPUPocket 2.0, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan 


http://jpt.ums.edu.my
https://jpt.unimas.my
https://jpt.utm.my 
http://jpt.uum.edu.my

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.

Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan.

Katanya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.

Bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

Bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan

Kenyataan itu menjelaskan, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan ‘Hotline’ mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan.

Pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober depan sementara kategori lain bermula pada 5 Julai hingga 4 Januari tahun depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *